Kad 'My Test' bantu calon lulus ujian memandu
RABU, 21 DISEMBER 2016 @ 4:10 PM
PUTRAJAYA: Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan (WP) Bhd dan Koperasi Institut Memandu Malaysia (KOPIMA) memperkenalkan kad 'My Test' bagi memberi lebih peluang kepada calon lulus ujian berkomputer.
My Test ialah alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer.
Pengerusi Koperasi JPJ WP Bhd, Mohammad Suhaime Ismail, berkata melalui penggunaan kad itu yang memaparkan nombor PIN untuk akses masuk laman web disediakan, calon boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu disediakan, termasuk melalui telefon bimbit.
"Calon boleh cuba menduduki ujian 'My Test' sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar. Mereka boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah.
"Saya boleh katakan calon yang menggunakan 'My Test' mempunyai peluang 100 peratus untuk lulus kerana berdasarkan percubaan oleh calon yang gagal sehingga enam kali sebelum ini, calon itu mampu lulus ujian sebenar selepas tiga kali melalui ujian 'My Test'," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dan Pengerusi KOPIMA, Mat Aris Bakar.
Kad 'My Test' boleh dibeli dengan harga kurang RM10 di institut memandu di Lembah Klang bermula hari ini dan di seluruh negara dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.