SELAMAT DATANG INSTITUT MEMANDU SHAH ALAM
HUBUNGI HP 019 2679240 (SMS/CALL) 017 365 6292 (LINE.WHATSAPP.WE CHAT)untuk pertanyaan lesen memandu dan kereta sewa shah alam

TIPS-TIPS UJIAN JALAN RAYA DAN MAP


Menghadapi ujian Jalan Raya (Route), seorang calon berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips semasa ujian berlangsung.

5 MARKAH PENTING SEBELUM MEMULAKAN UJIAN JALAN RAYA:
1) MEMBETULKAN TEMPAT DUDUK
2) MEMBETULKAN CERMIN SISI KANAN/KIRI/PANDANG BELAKANG
3) MEMAKAI TALI PINGGANG
4) MEMBETULKAN KEDUDUKAN GEAR SEBELUM MENGHIDUPKAN ENJIN MOTORKAR
5) CHECK LAMPU SIGNAL KANAN/KIRI DAN PENCUCI CERMIN.
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Beri signal ke arah hendak di belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.
2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pastikan anda mengawal kawal stering dengan baik dan beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain.
3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan berkembar atau di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat dan pastikan keadaan selamat jika isyarat lampu bertukar hijau sebelum anda memulakan perjalanan.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan stering di berposisi pukul 10 dan 2. Anda tidak dibenarkan memegang stering bersilang. Jangan guna sebelah tangan ketika memandu. Hanya apabila pertukaran gear sahaja dibenarkan ketika sesi ujian
Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapai Kejayaan dalam ujian jalan raya. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan